Skip to main content

Pusat Keusahawanan Universiti (EpiC)

Build Operate Ownership Share Transfer Program (B.O.O.S.T)

PENGENALAN
Keusahawanan di USM bukanlah sebuah agenda baru. Disepanjang usaha membentuk ekosistem keusahawanan dalam universiti ini adalah satu usaha berterusan yang panjang. Ketika program keusahawanan dalam kampus masih baharu, sukar untuk mencari pelajar yang berminat untuk mengusahakan inkubator perniagaan siswa yang disediakan kepada mereka. Namun keadaan pada masa ini jauh berbeza. Bilangan pelajar yang mahu menjadi usahawan dalam kampus jauh lebih ramai berbanding ruang niaga yang universiti sediakan. Namun dalam kekangan ini, siswa USM terbukti dapat mengatasinya dengan sikap inovatif, kreatif, berani mengambil risiko dan bijak mengambil peluang. Maka lahirlah perkongsian pintar BOOST. BOOST (Build, Operate, Ownership, Share, Transfer) di kampus ini merupakan inisiatif pelajar sendiri memaksimumkan ruang dan kemudahan universiti melalui daya kreativiti dan inovatif mereka dalam mengekpreskan bakat keusahawanan.

boost

OBJEKTIF
i. Meningkatkan bilangan incubator pelajar di dalam kampus.
ii. Mengetengahkan inisiatif pelajar dalam pembangunan keusahawanan universiti.
iii. Menjana sumber pendapatan melalui inisiatif baru.