Skip to main content

Pusat Keusahawanan Universiti (EpiC)

Latarbelakang EpiC@USM

PUSAT KEUSAHAWANAN UNIVERSITI (EpiC)

Pusat Keusahawanan Universiti (EpiC) yang dahulu dikenali sebagai Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Sahsiah Pelajar (PPKSP) telah ditubuhkan secara rasminya pada 8 Jun 2011 bertujuan mempertingkat dan merencana aktiviti pembangunan keusahawanan yang lebih terancang, holistik dan berimpak tinggi dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti serta mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan seterusnya melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah.

Penubuhan Pusat ini menepati objektif Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan pembangunan keusahawanan sebagai salah satu projek Agenda Kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan Dasar Pembangunan Siswa USM.