Pusat Keusahawanan Universiti (EpiC)

  • Home
  • Kajian Graduan

Kajian Graduan

SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN @TRACER STUDY (SKPG)

Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan dilaksanakan pada tahun 2006. Tujuan kajian ini adalah seperti di bawah:

  • Untuk meningkatkan kualiti dan standard pendidikan tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  • Untuk mendapatkan maklumat penting mengenai elemen kebolehpasaran graduan, prospek pekerjaan dan nilai keusahawanan graduan USM serta banyak lagi isu yang berkaitan dengan graduan.
  • Merupakan instrumen penyaluran maklumat berguna kepada USM dan persepsi pelajar untuk penambahbaikan dari segi pendidikan program, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

SISTEM USAHAWAN SISWA (SUis)

Sistem Usahawan Siswa (SUis) dijalankan untuk mencerap maklumat keusahawanan mahasiswa/i USM setelah bergraduasi (graduan). SUis dibangunkan sejak tahun 2015 oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Sahsiah Pelajar (PPKSP), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) yang kini dikenali sebagai Sektor Keusahawanan, Pusat Pembangunan HEBAT (HDC). Tujuan SUis dijalankan adalah untuk:

  • Mengenalpasti latarbelakang aktiviti keusahawanan / perniagaan (sekiranya ada) yang dijalankan oleh graduan.
  • Mengenalpasti adakah bidang keusahawanan / perniagaan menjadi kerjaya pilihan setelah bergraduasi.
  • Mengetahui butiran dan maklumat lengkap perniagaan yang dijalankan graduan
  • Mengenalpasti potensi dan peluang untuk berkerjasama bersama syarikat graduan yang menjalankan perniagaan.

Bagi tahun 2021, graduan WAJIB mengisi (2) kajian ini pada 17 September 2021 (Jumaat) di pautan berikut:

1. SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN @ TRACER STUDY

https://graduate.mohe.gov.my/SKPG1/ 

Encik Sollehin Ab Rahim

No telefon: 04-6534597

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2. SISTEM USAHAWAN SISWA (SUis)

suis.usm.my

Encik Nik Mohamad Syazne Nik Ezanee

No telefon: 04-6532299/3413

emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

test-login  

Pusat Keusahawanan Universiti (EpiC)
Kompleks Cahaya, Bangunan H21, 11800 Universiti Sains Malaysia
Tel: +604-657 9908 | Fax: +604-658 1745 | E-Mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  | icon admin |

SITEMAP