Pusat Keusahawanan Universiti (EpiC)

  • Home
  • EPIC@USM
  • Fungsi dan Peranan

Fungsi dan Peranan

a. Memantapkan dan memperkukuh program pembangunan keusahawanan melalui perancangan yang berfokus dan holistik;

  • Perlaksanaan Aktiviti/Program/Seminar/Latihan yang berstruktur dan berimpak tinggi anjuran EpiC kearah melahirkan usahawanan pelajar dan membentuk minda usahawan di kalangan warga kampus yang merangkumi 3 komponen utama iaitu Pembudayaan, Pengukuhan dan Pemantapan keusahawanan;

b. Menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif;

  • Sebanyak 45 ruang perniagaan telah disediakan oleh pihak Universiti kepada pelajar termasuk di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan;
  • Menyediakan peluang pinjaman kewangan perniagaan melalui Akaun Pinjaman Siswa Niaga Maju di mana pelajar dibantu dengan tawaran pinjaman kewangan maksimum sehingga RM5,000.00 seorang dengan syarat wang ini mesti digunakan untuk menjalankan dan membangunkan perniagaan.

Premis-premis perniagaan siswa di dalam kampus:-

premis1premis2premis3

c. Mewujudkan mekanisme pengukuran yang berkesan;

  • Wujudnya Pusat Data/Pengkalan Data Keusahawanan USM dan IPTA. Dengan adanya pusat data ini, ia akan membantu Pusat Keusahawanan USM dan IPTA lain untuk merancang program dan aktiviti keusahawanan secara lebih sistematik.

d. Melahirkan graduan yang mempunyai daya saing di peringkat global;

  • Sebanyak 2.5% buah syarikat pelajar telah dibina selepas mereka bergraduasi setiap tahun dan sebanyak 200 - 300 pelajar telah menjalankan perniagaan secara realiti di dalam kampus dengan adanya premis-premis perniagaan pelajar yang telah disediakan oleh PKU.

e. Mengukuhkan kompetensi Tenaga Penggerak keusahawanan;

  • Seramai 45 orang Felo Keusahawanan USM tetap berkemahiran tinggi yang terlibat secara langsung melatih pelajar dalam kursus dan latihan keusahawanan yang berstruktur. Kesemua Felo Keusahawanan ini terdiri daripada pelbagai bidang termasuk pegawai akademik dan pentadbiran.

f. Pembangunan keusahawanan golongan profesional USM

  • Kewujudan Majlis Keusahawanan yang sistematik bagi membentuk dasar keusahawanan USM dalam membantu mengukuhkan segala perancangan dan pembangunan keusahawanan yang lebih baik dan berkesan.
  • Membudayakan keusahawanan di kalangan golongan profesional USM bagi menerapkan minda keusahawanan dalam kerja seharian terutamanya golongan pensyarah dan pelajar ijazah tinggi.
  • Penghasilan produk penyelidik, pensyarah dan pelajar ijazah tinggi yang mampu dikomersialkan.

Pusat Keusahawanan Universiti (EpiC)
Kompleks Cahaya, Bangunan H21, 11800 Universiti Sains Malaysia
Tel: +604-657 9908 | Fax: +604-658 1745 | E-Mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  | icon admin |

SITEMAP